January 15, 2011

pengalaman menjadi waiter . HAH !

''SAYA RINDU NAK BERBLOGGING ! thumbs up !'' hah. aku rase dah lama tak buat new post kot . biasa la..mencari cari ilham. hehe . pasal title atas tuuu, hari ni first time aku bekerja sebagai waiter . bahasa saintifik nya ialah tukang ambik order . hee .actually aku kerja sehari je . sebab kedai tu nak guna pengganti pekerja yang tak datang atas masalah yang tak dapat dielakkan . so, kebetulan kedai makan tu makcik kawan aku yang punya, so, aku lahh yang seharusnya menjalan kan tanggungjawab pekerja yang cuti tu .wooo . memang tak menang tangan ouhhh . ramai giler yang datang . kebetulan ade YB Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin datang ke Labis .semua orang kene bermain peranan la kan .maksud aku, macam parti politik kene turun padang , contoh UMNO , PAS , bla bla bla . aku tak ingat la..ehhe .time lunch je , penuh satu kedai ! wey, serius ,lepas ni aku tak nak keje waiter lagi . serrender !


ANTARA KENANGAN PAHIT MENJADI 'WAITER'
  • Nombor meja yang sepatutnya wajib di hafal aku boleh tak ingat ! gara gara aku pelupa macam nenek yang dah berusia 90 tahun , semua jadi kelam kabut . hermmm. mintak maaf kepada semua yang terlibat . aku kalo boleh nak ade satu name tag or ape ape laa kan..ayat die macam ni 'SAYA BUDAK BARU' . HAHA . baru orang tahu kann batapa lambat kepikapan aku . hancus BM .
  • Pastuh , muka pelanggan yang datang 80% macam taik ! dan yang selebih okay la.. dah tahu ramai orang dalam kedai tu , dah tak reti nak besabar ke ? lambat sikit nak buat muke macam %@#$%! heey ! aku pantang betol la . dah tahu ramai pegi masuk jugak buat ape ? bila waiter suruh tunggu 10/15 minit mule la buat muka , tak sabar , hangin satu badan ! macam orang tak makan setahun je tahu tak !
  • Kenangan ni aku memang tak suke ! dasar lelaki miang ! korang tau kan , kalau pelanggan dah ramai, banyak benda nak buat kan . sampai ade tu aku ambik la order pelanggan A ni dulu ,pastuu membe aku boley panggil name aku kuat kuat , sampai pelanggan B (lelaki miang tu tadi) serta merta panggil nama aku jugak . die suruh ambik order cepat sikit . woy , ta nampak ke aku tengah amik order orang lain ? sabar la ! tak lari mana kedai tu . and then aku dah settle amik order pelanggan A , aku pergi amik order yang B tu tadi . dua orang lelaki miang tu mintak soya ais . lagi sorang mintak SUSU ais . eeeeyakss ! lepas die mintak tu aku dengan terkejut nye berkata 'ermm, susu ais ? btol ke ?' HAHA . aku yang tak caya . pastu die boleh pandang breast aku bai ! ingat air susu breast aku ke nak perah bagi kaw minum ? bodoh punye jantan . agak agak la der nak pandang pon . ni dah kire gangguan seksual jugak tau . lepas air die siap , aku jugak yang kena antar air dieorang tuuu . swey betol la .yang laki tu bley cakap 'haaa...dah sampai pon susu ais..awak buat kaw kaw tak ni ?' dan lagi sekali die pandang breast aku . eeeee! geram bai ! aku dengan muka masam cuka nye terus beredar dan pergi ke sinki menyumpah saranah laki tu dalam hati . macam sial dowh mulut die . lepas order tu pandai pulak nak order air kosong ais . yelahh, mana lahh tak kembang tekak minum benda benda susu dgn soya tengah hari buta . tak ke kembang tekak . tau pulak nak order sky juice . memng sengaja je nak order air susu tuu . haishhh ! budak 3 orang tu memang buat aku moody je .
  • Pinggang ,tengkuk , kaki, tangan semua dah macam nak tertanggal skrunya . betol betol kena mengguna kan tenaga yang secukupnya bila jadi seoarang yang bergelar waiter. tenaga dari segi fizikal dan mental kena mantap. tapi aku tak cukup lagi untuk kedua dua nya . kalau aku cukup kedua dua tenaga tu aku tak terkena trauma yang kes atas tuu . merungut tak tentu pasal . kannn .

Kenangan manis pon ade gak tapi sikit je . ta payah la citer ekk . aku dah ngantuk ni . seharian bekerja . nak suruh orang urut kan badan tak de sape pon nak ! kesian kan . pelah nasib .kalo aku diberi peluang bekerja , keja sebagai waiter pilihan yang terakhir aku letak . HAHA .


ni lah wajah seorang waiter yang mahu pergi menjalan kan tugas nya :)

No comments:

Post a Comment